Isnin, 6 Disember 2010

MaJLis DoA Akhir TaHun dan AwaL TaHun


Pada tarikh 06 Disember 2010
seluruh umat Islam di dunia mengadakan bacaan doa akhir tahun dan seterusnya doa awal tahun menandakan berakhirnya tahun Hijrah 1431 dan bermulanya tahun Hijrah 1432. Semoga apa yang kita azamkan tahun lepas telah pun tercapai dan membuat azam yang baru untuk tahun 1432H ini, insyaAllah. Bagi penduduk di Taman BougenVilla pula... AJK Surau AL-MustaQim telahpun mengadakan majlis bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun ini pada 06 Disember 2010 bermula jam 1815 dengan doa akhir tahun dan selepas solat Magrib doa awal tahun yang di pimpin oleh pengerusi Surau AL-MustaQim iaitu Encik Mohamad Bin Hj. Hasbi. Selepas sahaja selesai bacaan doa awal tahun pengerusi Surau AL-MustaQim memberi Tazkirah mengenai pengertian Hijrah yang sebenar kepada warga Islam Taman BougenVilla yang hadir pada malam tersebut. Majlis di akhiri dengan jamuan ringan yang di sumbang oleh warga Taman BougenVilla selepas solat Isyak. Hayatilah dibawah ini lirik lagu Maal Hijrah yang senantiasa kita dengar di corong radio atau TV setiap kali datangnya tahun baru Islam - Awal Muharam - Maal Hijrah :-

Lirik Lagu Maal Hijrah
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Gambar sekitar Majlis Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun :-









_______________________________

Ahad, 21 November 2010

PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH

Surau AL-MustaQim, Taman BougenVilla (Taman Siti Nurbaya) batu 8, jalan Ulu Oya, Sibu, tidak ketinggalan mengadakan program korban dan aqiqah pada tahun ini. Program tersebut telah pun dijalankan pada 20 November 2010 (sabtu) @ jam 0800 pagi di perkarangan Surau Al-MustaQim. Sambutan oleh warga Taman BougenVilla amatlah menggalakkan. 2 ekor sapi telah pun di sembelih pada pagi tersebut, dimana sapi tersebut adalah korban dan aqiqah dari warga Taman BougenVilla. Penyembelihan telah dilakukan oleh Tuan Hj. Hadion dan daging sembelihan telah di agihkan kepada fakir miskin di sekitar kawasan Taman BougenVilla dan kepada warga Islam Taman BougenVilla. Penyerahan daging korban telah dilakukan oleh Pengerusi Surau AL-MustaQim iaitu encik Mohamad Bin Hj. Hasbi, program diakhiri dengan bacaan doa selamat dan jamuan ringan.
"Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

Gambar sekitar program Korban dan Aqiqah :



















___________________________________________

Khamis, 18 November 2010

SOLAT SUNAT AIDILADHA DAN TAHLIL

Sempena dengan Hari Raya Aidiladha (Raya Qurban) tahun ini Surau Al-MustaQim telah mengadakan Solat sunat AidilAdha dan juga tahlil...Sebelum solat sunat Aidiladha para jemaah yang datang awal telah bertakbir raya dengan memuji kebesaran Allah s.w.t., tepat jam 0800 pagi solat sunat Aidiladha telah di mulakan dengan di imamkan oleh Tuan Imam surau Al-MustaQim iaitu Encik Hatta . Khutbah pula di sampaikan oleh Guru Rosli (jemputan khas), antara isi kandungan khutbah beliau ialah berkisar mengenai pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail. Pengorbanan ini mengambarkan kepada kita tentang keikhlasan Nabi Ibrahim dalam mencari keredhaan Allah dan peristiwa ini menjadi contoh kepada kita dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini erti pengorbanan yang sebenarnya. Majlis pada pagi tersebut di akhiri dengan bacaan tahlil dan jamuan ringan yang juadahnya dibawa masing-masing oleh jemaah yang hadir pada pagi tersebut.

Gambar sekitar Solat Sunat AidilAdha 1431H dan Jamuan ringan :















___________________________________________

Sabtu, 4 September 2010

SURAU AL-MUSTAQIN MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM

Dalam suasana AidilFitri yang akan disambut tidak berapa lama lagi pihak AJK surau Al-Mustaqim telah mengadakan majlis meraikan anak-anak yatim yang tinggal di sekitar kawasan perumahan BougenVilla, batu 8 Jalan Ulu Oya, Sibu dengan majlis berbuka puasa dan memberi sumbangan kepada mereka. Majlis telah dimulakan dengan Khatam Al-Quran pada pukul 5.oo petang dan diikuti dengan memberi sumbangan kepada anak-anak Yatim. Seramai 23 orang anak-anak Yatim telah menerima sumbangan duit raya yang telah di sampaikan oleh pengerusi Surau Al-Mustaqim iaitu Encik Mohamad bin Hj. Hasbi. Duit raya yang disampaikan adalah sumbangan dari surau Al-Mustaqim dan juga dari orang perseorangan. Selain sumbangan kepada anak-anak Yatim, pihak surau juga telah menyedia hadiah galakan kepada kanak-kanak dan remaja yang mengikuti Tadarus sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Seramai 13 orang kanak-kanak dan remaja telah menerima hadiah galakan itu. Majlis di akhiri dengan solat sunat tarawih.

Gambar-gambar sekitar Majlis tersebut :










_________________________________

Khamis, 2 September 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA

Ahli Jawatan Kuasa Surau AL-Mustaqim, Taman BougenVilla akan mengadakan Majlis Khatam AL-Quran dan sumbangan derma kepada anak-anak Yatim yang tinggal dikawasan persekitaran Taman BougenVilla pada 04 September 2010 @hari Sabtu bermula jam 5.00 petang bertempat di Surau AL-Mustaqim. Semua penduduk yang beragama Islam yang tinggal di Taman BougenVilla dan kawasan sekitarnya adalah dijemput hadir ke majlis tersebut. Atur cara majlis adalah seperti berikut :

4.30 pm - Kehadiran tetamu
5.00 pm - Khatam AL-Quran di mulakan
6.00 pm - Sumbangan derma kepada anak-anak Yatim
- Hadiah galakan kepada peserta Tadarus AL-Quran
6.39 pm - Berbuka puasa
- Solat Magrib
- Jamuan makan malam
7.48 pm - Solat Isyak
- Solat Sunat Tarawih
- beredar

_______________________________

Selasa, 24 Ogos 2010

Aktiviti Sepanjang Ramadhan

Selain menunaikan Solat sunat Tarawih pihak AJK Surau Al-MustaQim juga telah mengadakan aktiviti tadarus Al-Quran untuk remaja dan kanak-kanak sepanjang bulan Ramadhan ini. Tadarus di adakan selepas selesai solat sunat tarawih untuk remaja dan kanak-kanak, kemudian disambung oleh orang dewasa. Bermacam-macam program telah di rancang oleh pihak AJK surau sempena bulan Ramadhan tahun ini termasuklah majlis khatamal Al-Quran, majlis berbuka puasa dan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim.


Remaja dan kanak-kanak yang sedang bertadarus




AJK Surau sedang bermesyuarat membincangkan program sempena ramadhan

______________________________________