Ahad, 21 November 2010

PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH

Surau AL-MustaQim, Taman BougenVilla (Taman Siti Nurbaya) batu 8, jalan Ulu Oya, Sibu, tidak ketinggalan mengadakan program korban dan aqiqah pada tahun ini. Program tersebut telah pun dijalankan pada 20 November 2010 (sabtu) @ jam 0800 pagi di perkarangan Surau Al-MustaQim. Sambutan oleh warga Taman BougenVilla amatlah menggalakkan. 2 ekor sapi telah pun di sembelih pada pagi tersebut, dimana sapi tersebut adalah korban dan aqiqah dari warga Taman BougenVilla. Penyembelihan telah dilakukan oleh Tuan Hj. Hadion dan daging sembelihan telah di agihkan kepada fakir miskin di sekitar kawasan Taman BougenVilla dan kepada warga Islam Taman BougenVilla. Penyerahan daging korban telah dilakukan oleh Pengerusi Surau AL-MustaQim iaitu encik Mohamad Bin Hj. Hasbi, program diakhiri dengan bacaan doa selamat dan jamuan ringan.
"Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

Gambar sekitar program Korban dan Aqiqah :



















___________________________________________

Khamis, 18 November 2010

SOLAT SUNAT AIDILADHA DAN TAHLIL

Sempena dengan Hari Raya Aidiladha (Raya Qurban) tahun ini Surau Al-MustaQim telah mengadakan Solat sunat AidilAdha dan juga tahlil...Sebelum solat sunat Aidiladha para jemaah yang datang awal telah bertakbir raya dengan memuji kebesaran Allah s.w.t., tepat jam 0800 pagi solat sunat Aidiladha telah di mulakan dengan di imamkan oleh Tuan Imam surau Al-MustaQim iaitu Encik Hatta . Khutbah pula di sampaikan oleh Guru Rosli (jemputan khas), antara isi kandungan khutbah beliau ialah berkisar mengenai pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail. Pengorbanan ini mengambarkan kepada kita tentang keikhlasan Nabi Ibrahim dalam mencari keredhaan Allah dan peristiwa ini menjadi contoh kepada kita dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini erti pengorbanan yang sebenarnya. Majlis pada pagi tersebut di akhiri dengan bacaan tahlil dan jamuan ringan yang juadahnya dibawa masing-masing oleh jemaah yang hadir pada pagi tersebut.

Gambar sekitar Solat Sunat AidilAdha 1431H dan Jamuan ringan :















___________________________________________