Sabtu, 4 September 2010

SURAU AL-MUSTAQIN MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM

Dalam suasana AidilFitri yang akan disambut tidak berapa lama lagi pihak AJK surau Al-Mustaqim telah mengadakan majlis meraikan anak-anak yatim yang tinggal di sekitar kawasan perumahan BougenVilla, batu 8 Jalan Ulu Oya, Sibu dengan majlis berbuka puasa dan memberi sumbangan kepada mereka. Majlis telah dimulakan dengan Khatam Al-Quran pada pukul 5.oo petang dan diikuti dengan memberi sumbangan kepada anak-anak Yatim. Seramai 23 orang anak-anak Yatim telah menerima sumbangan duit raya yang telah di sampaikan oleh pengerusi Surau Al-Mustaqim iaitu Encik Mohamad bin Hj. Hasbi. Duit raya yang disampaikan adalah sumbangan dari surau Al-Mustaqim dan juga dari orang perseorangan. Selain sumbangan kepada anak-anak Yatim, pihak surau juga telah menyedia hadiah galakan kepada kanak-kanak dan remaja yang mengikuti Tadarus sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Seramai 13 orang kanak-kanak dan remaja telah menerima hadiah galakan itu. Majlis di akhiri dengan solat sunat tarawih.

Gambar-gambar sekitar Majlis tersebut :










_________________________________

Khamis, 2 September 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA

Ahli Jawatan Kuasa Surau AL-Mustaqim, Taman BougenVilla akan mengadakan Majlis Khatam AL-Quran dan sumbangan derma kepada anak-anak Yatim yang tinggal dikawasan persekitaran Taman BougenVilla pada 04 September 2010 @hari Sabtu bermula jam 5.00 petang bertempat di Surau AL-Mustaqim. Semua penduduk yang beragama Islam yang tinggal di Taman BougenVilla dan kawasan sekitarnya adalah dijemput hadir ke majlis tersebut. Atur cara majlis adalah seperti berikut :

4.30 pm - Kehadiran tetamu
5.00 pm - Khatam AL-Quran di mulakan
6.00 pm - Sumbangan derma kepada anak-anak Yatim
- Hadiah galakan kepada peserta Tadarus AL-Quran
6.39 pm - Berbuka puasa
- Solat Magrib
- Jamuan makan malam
7.48 pm - Solat Isyak
- Solat Sunat Tarawih
- beredar

_______________________________