Rabu, 16 Disember 2009

Maal Hijrah Sejuta Pengertian

Awal Muharram 1431H tiba lagi. Tahun baru Hijrah sejuta pengertiannya.. tak terbanding dengan tahun baru masihi yang disambut beriya-iya di sini-sana.

Dimulakan dengan countdown diiringi doa akhir tahun... kita mohon pengampunan kepada Allah di atas dosa-dosa setahun yang kita masih tak bertaubat kepadaNya. Biar menangis sang syaitan di atas usaha-usahanya yang sia-sia bila Allah memberi pengampunan kepada kita semua.

Bila Maghrib menjelang, tahun baru pun datang. Datangnya pun indah disambut dengan doa dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Penyayang. Berdoa untuk yang terbaik sepanjang tahun baru yang datang.

Sunat berpuasa dari 1 Muharam hingga 10 Muharam iaitu Hari Asyura. Teruskan berdoa sepanjang sepuluh hari pertama mohon perlindungan dari syaitan yang nampak kita, tapi kita tak nampak dia. Mohon kepada Allah agar syaitan jadi putus asa menggoda kita sepertimana syaitan-syaitan tu putus asa daripada rahmat Allah dan diputuskan daripada keampunan Allah.

Hari Asyura pun banyak kelebihannya. Hari Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dan menenggelamkan Firaun di Laut Merah. Bersedekah pada Hari Asyura insyaAllah dimurahkan rezeki.

Berebut-rebutlah kita mengejar kebaikan. Kadang-kadang kita ni 'pelik'... kalau pergi shopping, ada tawaran 'beli dua.. dapat hadiah bekas plastik', maka ramailah yang akan membeli dua barang tu dalam usaha nak dapatkan hadiah bekas plastik yang dah melambak-lambak kat rumah tu!  

Tapi bila Allah tawarkan berbagai gandaan ganjaran yang menarik, tak pula kita berebut-rebut. Astaghfirullah.. semoga tahun baru ini kita lebih baik dari tahun yang lalu. Sesungguhnya ganjaran Allah tak mungkin kita beli dengan wang ringgit.

Ada satu cerita berlaku pada Hari Asyura, seorang fakir yang tidak makan beberapa hari meminta duit 1 dirham dari seorang kaya muslim yang tengah sibuk mengira duit keuntungan perniagaannya. Orang kaya tu tak menghiraukan si fakir. Kejadian itu dilihat oleh jiran si kaya, seorang kafir yang bersimpati kepada si fakir lalu memberinya 10 dirham. Pada malam tersebut orang kaya muslim bermimpi tentang sebuah istana yang sungguh cantik yang disangka miliknya, tetapi bila dihampiri istana tersebut adalah milik jirannya si kafir. Sungguh terkejut dia.. Esok paginya, bergegas si kaya ke rumah jirannya. Si kaya bertanya "apakah kebaikan yang telah engkau lakukan semalam?" Berceritalah si jiran tentangnya. Si kaya menawarkan 100 dinar kepada si jiran sebagai gantirugi 10 dirham yang dibelanjakannya itu. Si jiran hanya tersenyum "Aku juga bermimpi tentang istana itu, dan aku telah naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad it pesuruh Allah!"

Sesungguhnya memang ganjaran Allah tak boleh dinilai dengan wang ringgit. 10 dirham boleh membina istana di syurga. Sedangkan 100 dinar tak dapat membelinya. Subhanallah!

_________________________________

Isnin, 30 November 2009

SOLAT SUNAT AIDIL ADHA


Ustaz Mohd Amir sedang menyampaikan Khutbah


Gusti !!! apa nak ditanga u kat luar ya.. sik nanga
Ustaz tengah merik khutbah ya...


Serius naaa.... muka bilal Hosen tok..


Bilal Hosen sedang menyampaikan sesuatu
sebelum solat sunat AidilAdha di mulakan


Jemaah sedang khusyuk bertakbir


Encik Manan awak sedang tengok ape kat luar tu !!!!


Jemaah sedang bersedia untuk solat.. pengerusi pun ada


Bertakbir beramai-ramai memuji kebesaran Allah


Antara jemaah yg hadir


Jemaah wanita


Jiji jangan benar gilak makan mee.... banyak kolestrol


Hadirin sedang menjamu selera selepas solat


Makan jak jangan malu-malu.....

Pada 27 November 2009 bersamaan dengan 10 Zulhijah 1430H seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Qurban. Seluruh Masjid dan Surau mengadakan solat sunat Aidil Adha ini. Bagi Surau Darul Iman di Taman BougenVilla pula, ini adalah pertama kali solat sunat Aidil Adha di adakan di surau ini. Persiapan oleh AJK surau telah di lakukan lebih awal, seperti menyediakan tempat imam membaca khutbah, membersih surau (artikel gotong-royong), mendirikan khemah dan menyediakan kerusi / meja untuk jemuan selepas solat sunat Aidil Adha. AJK Surau Darul Iman telah mengundang Ustaz Mohd Amir Ridhzuan Abdullah dari HIKMAH Sibu untuk memberi khutbah pada pagi tersebut. Sambutan oleh penduduk Islam di Taman BougenVilla dan sekitarnya amat mengalakkan dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Syabas kepada AJK Surau Darul Iman kerana berjaya mengadakan solat sunat Aidil Adha pada tahun ini dengan jayanya. Majlis pada pagi tersebut di akhiri dengan jamuan untuk semua yang hadir.

_______________________


Isnin, 23 November 2009

GOTONG ROYONG


Antara yang hadir dalam gotong-royong


Memotong rumput dan membersih kawasan
sekitar surau


Jangan benar gilak nunok molah asap...
kelak di saman sidak alam sekitar


apa polah kitak duak ????


Hosen !!! apa nak di tanga menar gilak ya... ada org
kelahi kah...mun ada suruh Fandi maluk makei penyapu
nak ditangan nya ya


aiiikkk..... apa polah sidak diluar pagar


ooiiii.... Fauzi !! potong betul-betul rumput ya....
ada mandur nanga dibelakang kitak


Apa nak di komen oleh pengerusi ya... seyum jak
nanga air.... kali air ya sik manis...


Berehat setelah letih bergotong-royong

Amalan bergotong royong kini dilihat semakin pupus . Ini kerana ramai kelangan individu sekarang ini asyik mengerja kehidupan duniawi seperti mencari kekayaan dan pangkat sehingga tidak menghirau siapa dan apa yang terjadi dengan jiran di sebelah rumah. Kerja dari pagi balik malam kerna ingin mencapai kehidupan yang mewah dan berpangkat. Amalan gotong-royong ini sepatutnya di jadikan amalan yang berterusan oleh masyarakat kita kerana ia dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara satu sama lain dalam apa-apa bidang pun. Amalan inilah yang diamalkan oleh penduduk di Taman BougenVilla Batu 8, Jalan Ulu Oya, Sibu dimana pada 22 November 2009 @hari ahad yang lepas penduduk Islam di Taman tersebut telah mengadakan gotong-royong membersih surau. Bermula pada pukul 08.00 pagi dengan membawa beralatan masing-masing untuk membersih sekitar kawasan surau Darul Iman. Di Taman BougenVilla amalan gotong-royong ini telah diamalkan sejak dari dulu lagi, seperti membina surau yang digunakan sekarang(lihat artikel pertama dlm blog ini). Semoga amalan ini dapat diteruskan dan diwariskan kepada generasi yang akan datang kerana ianya dapat mengeratkan hubungan ukhuwah di antara masyarakat di Taman BougenVilla.

Selasa, 17 November 2009

PERANAN MASJID / SURAU

Rasulullah SAW telah lama berjaya membedah, membuang dan mengubati penyakit ‘asabiah’ berpuak-puak ini. Apakah ubatnya? Tidak lain, baginda berjaya menangani masalah perpecahan sesama sendiri dengan cara menjadikan Islam sebagai asas perpaduan. Di manakah titik peralihan, titik perubahan kepada perpaduan tersebut?

Tidak lain, Rasulullah membina nilai-nilai pengukuhannya di Masjid / Surau. Masjid / Surau tidak meletakkan sistem kasta, pangkat atau kemuliaan seseorang sebagai ukuran. Kita sama rata di sisi Tuhan. Kita hanya hamba sedang Tuhan Pencipta kita. Takbir kita, rukuk kita, sujud kita malah aku janji dan apa yang kita baca, sama sahaja di sisi Tuhan, yang membezakan kita hanya siapa yang paling bertakwa, siapa yang paling tinggi darjat imannya.

Rasulullah SAW memaksimumkan masjid / surau bukan tujuan ibadah khususiah semata-mata bahkan hal-hal yang melibatkan pemerintahan, perundangan, ekonomi dan sosial turut dilibatkan. Hari ini, malangnya masjid kita kosong dan surau kita kosong tak bertuan. Dari setinggi-tinggi pangkat sehingga yang paling rendah sekalipun, malah persatuan-persatuan yang memperjuangkan suara-suara perpaduan pun tidak melihat masjid/surau sebagai institusi perpaduan. Masjid dan surau hanya jadi tempat cicak dan lipas bersanggama membiak keturunan. Yang sembahyang di pejabat, itulah sahaja tempat tonggang-tonggeknya, yang sembahyang di rumah, di rumah sahajalah tempat tonggang-tonggeknya langsung tiada sentuhan ukhuwah, langsung tiada berselisih bahu sujud dan rukuk kepada Tuhan yang satu. Itu belum lagi yang langsung memulau masjid dan surau, hanya bertemu , berselisih pun seminggu sekali sahaja.

Oleh itu marilah kita berhijrah dengan menyuburkan semula kesedaran, membuangkan segala kelemahan menginsafi dengan pengetahuan agama dan memperkasakan iman serta membasmi kejahilan dan memerangi kesesatan.

Tempatnya tidak lain, bukan jauh pun, di rumah Tuhan. Ikatan yang dijalinkan atas asas iman bukan sahaja memperkukuhkan persaudaraan, malah membina keutuhan sesebuah organisasi, masyarakat dan membolehkan sebuah Daulah Islamiah ditegakkan. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 74 yang bermaksud:

“Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia”.

Dari itu sama-samalah kita memaksimumkan pengunaan masjid dan surau bukan untuk tujuan solat sahaja tapi untuk program-program yang mendatangkan kebaikkan kepada semua masyarakat disekitar masjid dan surau tersebut dan supaya segala yang kita kerjakan mendapat keredhaan dari Allah, InsyaAllah.

Ahad, 8 November 2009

MESYUARAT PEMILIHAN AJK SESSI 2010 - 2012


Pengerusi protem Surau Darul Iman dan Bendari melapor sesuatu


Antara penduduk Taman BougenVilla yg hadir 'khusyuk naa juak, sampei tersandar kat dindin'


Sidak tok pun khusyuk juak... tapi sikda tempat bersandar


Pengerusi sementara Encik Hasbullah sedang menghitung undi

Pada 25 Oktober 2009, hari Ahad, jam 10.00 pagi mesyuarat pemilihan Ahli JawatanKuasa Baru Surau Darul Iman, Taman BougenVilla untuk Sessi 2010 - 2012 telah di jalankan di Surau Darul Iman. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh penduduk Islam di Taman BougenVilla dan seorang pemerhati iaitu Encik Hasbullah. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengerusi protem surau Darul Iman Encik Yunus B. Lias. Beliau berterima kasih kepada AJK dan penduduk Islam di Taman BougenVilla kerana memberi kerja sama dalam melaksanakan program yg dirancang oleh pihak AJK surau. Selepas ucapan aluan pengerusi protem surau Timbalan Setiausaha Encik Abd Halim pula melaporkan aktiviti-aktiviti yg telah dijalankan dan diikuti oleh laporan kewangan oleh Bendahari Kehormat Encik Hasnol. Selepas pembubaran AJK protem surau dijalankan, majlis sebulat suara memilih pemerhati iaitu Encik Hasbullah untuk menjadi pengerusi sementara bagi mengendalikan majlis pemilihan AJK Surau Darul Iman Sessi 2010 - 2012. Pemilihan berjalan dengan lancar dan AJK baru Surau Darul Iman bagi sessi 2010 - 2012 telah di lantik seperti berikut :

PENGERUSI : MOHAMAD BIN HJ. HASBI
NAIB PENGERUSI : ABD GHANI BIN HJ. TAHIR
SETIAUSAHA : ABD HALIM BIN HJ. PUNGUT
PENOLONG SETIAUSAHA : SAZALI BIN HJ. SAPARI
BENDAHARI : MOHD. SABLI BIN ROSLI


Pengerusi Surau Darul Iman yang baru sessi 2010 - 2012


Timbalan Pengerusi dan Setiausaha yang baru


Pengerusi baru tengah merik ucapan aluan


Bendahari Kehormat yang Baru... 'sik apat nak main-main tok.. tok hal duit'

Untuk semakkan penuh AJK baru Surau Darul Iman bolehlah rujuk di sebelah kanan Blog ini. Encik Hasbullah telah menyerahkan balik majlis kepada pengerusi baru iaitu Encik Mohamad (sehek) Bin Hj. Hasbi. Dalam ucapan aluan, beliau telah berterima kasih kepada penduduk di Taman BougenVilla kerana telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjadi pengerusi surau. Beliau memohon kerjasama dari penduduk Taman BougenVilla untuk sama-sama memelihara / mengimarahkan Surau dan menghadiri program-program yang akan dirancangkan oleh pihak AJK surau nanti. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan solat zuhur berjemaah.


Jamuan ringan selepas sessi pemilihan AJK baru

Selasa, 3 November 2009

SURAU BARU DALAM PEMBINAAN


Sidak AJK mlawat tapak pembinaan suro baru


Apa jak nak sik betul polah sidak kontraktor ya..


Pembinaan dijangka siap dalam 3 bulan jak


Nang cepat sidak kontraktor tok molah... ari mingu pun keja juak


Tersegam indah walaupun agik rangka ajak...hehehe

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah..... itulah luahan perasaan para penduduk yang beragama Islam di Taman BougenVilla apabila melihat pembinaan surau baru yg telah di mulakan pembinaannya dan di jangka siap dalam bulan Disember 2009 ini. Surau ini di bina untuk mengantikan surau yang sedia ada. Para penduduk bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana telah membina surau yang lebih besar demi untuk kelesaan penduduk menunaikan solat dan juga mengadakan program keagamaan. Pembinaan surau baru ini terletak bersebelahan dengan surau lama di Taman BougenVilla. Semoga dengan adanya surau yang tersegam indah ini nanti akan menambahkan lagi ahli jemaah yang hadir untuk menunaikan solat berjemaah dan menghadiri kelas , ceramah agama dan berbagai-bagai lagi program yang akan di rancangkan oleh pihak AJK surau nanti, IsyaAllah. 'Jangan klak suro dah siap ... cantik-cantik sikda org yg ke suro... arap Hosen ngan cikgu Alim jak' sik best juak macam ya... mesti ada semangat baru...... Jom pegi Suro !!!! ya tema kita... Hidupkan jemaah suro..... Islam akan berkembang !!.

Rabu, 28 Oktober 2009

Majlis Ramah Tamah 2009


Pengerusi Surau menyampaikan ucapan aluan


BBQ dijalankan awal pagi lagi, tengok tokey Aziz "cekap pinggang" gik ya

Antara penduduk yang hadir

eemm sedap sayap manok tok !!!

Menjamu selera

Banyak juak nak pakei makan...buah pun ada juak

Sessi perbincangan bersama AJK Surau

Pada 04 Oktober 2009 bersamaan 15 Syawal 1430H @ jam 1000 pagi AJK Surau Darul Iman telah mengadakan majlis Ramah Tamah untuk penduduk Taman BougenVilla yg di adakan di perkarangan Surau Darul Iman. Majlis dihadiri oleh AJK Surau dan juga penduduk Islam di Taman Bougenvilla. Majlis di mulai dengan ucapan aluan oleh pengerusi Surau Darul Iman encik Yunus bin Lias kamudian bacaan doa tahlil oleh imam Surau Darul Iman. Sambutan pada majlis tersebut amat mengalakkan daripada penduduk di Taman BougenVilla. Berbagai juadah disediakan oleh penduduk taman. Majlis di akhiri dengan sessi perbincangan dengan AJK surau dan solat zohor berjemaah.